April 7, 2010

din beramboi

aku suka gak ngan lawaknya yang spontan dan bersahaja. nak kata minat sangat tu takdelah tapi memang suka lah tengok din beramboi ni kalau buat lawak.

bukan senang nak menghiburkan orang ni. bezanya dengan segala raja lawak yang auk tu ialah pengalaman.

raja lawak hari ni sumernya bebudak. jadi nak jaga hatinya, kita pun gelak jer lah walaupun tak kelaka langsung.

tapi kalau dengan orang2 lama macam din beramboi n de gang ni, tengok muka jer pun dah nak tergelak. belum kata apa2 pun dah boleh buat orang tergelak. itulah hebatnya penghibur.

tapi lepas ni kita hanya akan merindui segala lawak2 nya yang terdahulu.

al-fatihah buat din beramboi. semoga damai di sana..!

March 31, 2010

badrul muhayat.

mamat ni memang suka pukul pompuan. sebab org pompuan tak melawan kot. kalau nak tunjuk teror pun pukullah lelaki. barulah bertemu buku dengan ruas.

kesian jugak kat bini dia tuh. tapi nak buat caner.. nak glamer punya pasal. kawin ngan artis kan glamer walaupun artis tu bermasalah.

bukan mamat ni sorang jer yang kaki belasah bini. ada jugak kes2 yg artis lelaki belasah bini. standardlah tu.!

ini mesti kes poket dah kosong..! bila dah takde duit, mulalah temper jer..! cuba tengok balik artis lelaki yg belasah bini ni.. artis yg kaya ke atau artis yg papa kedana..?

March 25, 2010

benjy dan benjo.

adalah lebih mulia sekiranya si benjy itu menjadi penjual benjo dari menjadi penjual dadah.

orang akan menghormatinya sebagai penjual benjo walaupun dia seorang artis..

malangnya jual benjo lambat kaya, untung pulak tak seberapa. jual dadah cepat kaya dan kalau kena cekup...cepat mati.!

mudah2an semua itu tidak benar.

artis mewah.

kalau artis pompuan yang hidup mewah tu aku tak heran sangatlah. walaupun artis tu tak popular, filem sebijik dua jek, album pun sekeping pastu sunyi sepi, tapi dia pompuan.

hakikatnya dia ada 'benda untuk diniaga'kan.! paling tidakpun ramai datuk2 yang kemaruk artis kat luar tu yang sanggup nak bela artis pompuan ni.

tapi kalau artis lelaki yang kelabu asap jer namanya, bisnespun takder tap-tup boleh hidup bergaya pulak tuh, yang ni yang buat aku mushkil sesangat. takkan ada mak datin pulak yang nak bagi itu ini. ada tu memang adalah tapi tak lah boleh sampai nak bagi lumborghini. paling takpun Gen-2 jer.!

artis macam ni lah yang nak kena siasat. ntah2 bisnes haram apa yang dibuatnyer.. tokey syabu ker..!

March 17, 2010

umie aida

oleh kerana aku cukup meminati umie aida dan kebetulan pulak umie pun baru jer menikah minggu lepas, so aku nak mulakan blog aku ni tentang umie aida.

bagi aku umie aida is the best actress kat malaysia. walaupun kurang publisiti dan jarang kuar tv, tapi sekali dia kuar kat tv aku mesti menontonnya. apa yang paling menarik tentang umie aida ni adalah 'natural beauty'nya. tak ramai artis malaysia ni yang memliki kecantikan semulajadi.

ok, so tentang majlis pernikahannya di Masjidil Haram, itu haknya untuk menikah dimana2. memang setiap orang ada impiannya yg tersendiri. begitu juga dengan umie aida. cuma apa yang aku harapkan dari umie adalah jika memilih untuk melakukan sesuatu perkara yang baik ditempat yang baik, harap-harap lepas ni beliau akan berhijrah ke sesuatu yang lebih baik.

semoga selepas ini akan kelihatan umie aida yang bertudung dan bukan bertudung ala siti nurhaliza. kalau tak, ianya tak ubah sekadar berpelaminkan kaabah jer yang langsung tidak memberi makna.

apa pun selamat pengantin baru buat umie aida dan semoga berbahagia..!

aku

aku sedang mencari-cari waktu untuk mula menulis di dalam blog ku ini. lama benar ku biarkan blog ku ini kosong tanpa hidangan.

siapa yang bakal menjadi permulaan untuk cerita ku ini..?

aku tidak akan menulis panjang kerna blog aku ini bukanlah satu hipothesis. aku hanya akan menulis apa yang terlintas difikiran ku ini tentang kamu.

siapa ya kamu..?kamu... yang akan menjadi bahan ceritaku.!