April 7, 2010

din beramboi

aku suka gak ngan lawaknya yang spontan dan bersahaja. nak kata minat sangat tu takdelah tapi memang suka lah tengok din beramboi ni kalau buat lawak.

bukan senang nak menghiburkan orang ni. bezanya dengan segala raja lawak yang auk tu ialah pengalaman.

raja lawak hari ni sumernya bebudak. jadi nak jaga hatinya, kita pun gelak jer lah walaupun tak kelaka langsung.

tapi kalau dengan orang2 lama macam din beramboi n de gang ni, tengok muka jer pun dah nak tergelak. belum kata apa2 pun dah boleh buat orang tergelak. itulah hebatnya penghibur.

tapi lepas ni kita hanya akan merindui segala lawak2 nya yang terdahulu.

al-fatihah buat din beramboi. semoga damai di sana..!

March 31, 2010

badrul muhayat.

mamat ni memang suka pukul pompuan. sebab org pompuan tak melawan kot. kalau nak tunjuk teror pun pukullah lelaki. barulah bertemu buku dengan ruas.

kesian jugak kat bini dia tuh. tapi nak buat caner.. nak glamer punya pasal. kawin ngan artis kan glamer walaupun artis tu bermasalah.

bukan mamat ni sorang jer yang kaki belasah bini. ada jugak kes2 yg artis lelaki belasah bini. standardlah tu.!

ini mesti kes poket dah kosong..! bila dah takde duit, mulalah temper jer..! cuba tengok balik artis lelaki yg belasah bini ni.. artis yg kaya ke atau artis yg papa kedana..?

March 25, 2010

benjy dan benjo.

adalah lebih mulia sekiranya si benjy itu menjadi penjual benjo dari menjadi penjual dadah.

orang akan menghormatinya sebagai penjual benjo walaupun dia seorang artis..

malangnya jual benjo lambat kaya, untung pulak tak seberapa. jual dadah cepat kaya dan kalau kena cekup...cepat mati.!

mudah2an semua itu tidak benar.

artis mewah.

kalau artis pompuan yang hidup mewah tu aku tak heran sangatlah. walaupun artis tu tak popular, filem sebijik dua jek, album pun sekeping pastu sunyi sepi, tapi dia pompuan.

hakikatnya dia ada 'benda untuk diniaga'kan.! paling tidakpun ramai datuk2 yang kemaruk artis kat luar tu yang sanggup nak bela artis pompuan ni.

tapi kalau artis lelaki yang kelabu asap jer namanya, bisnespun takder tap-tup boleh hidup bergaya pulak tuh, yang ni yang buat aku mushkil sesangat. takkan ada mak datin pulak yang nak bagi itu ini. ada tu memang adalah tapi tak lah boleh sampai nak bagi lumborghini. paling takpun Gen-2 jer.!

artis macam ni lah yang nak kena siasat. ntah2 bisnes haram apa yang dibuatnyer.. tokey syabu ker..!